“Bersahabat dengan orang baik umpama berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.
Realiti yang dihadapi oleh seorang pemuda,bermula apabila dirinya dipertemukan dengan seorang sahabat,yang pemuda itu rasakan sahabatnya cukup dapat mengganti seorang kawan yang berpaling tadah daripadanya hanya kerana perkara kecil.
Jadi bermulalah kisah perjalanan sebuah persahabatan yang melalui banyak onak dan duri.Dalam kehidupan,kita diulik bahawa tiada apa yang sempurna dan berjaya mengikut segala perencanaan dan kemahuan diri kita seperti itulah kisah pemuda tersebut. Satu demi satu pemuda itu menghadapi cabaran dan dugaan dan dengan izin tuhan,pemuda tersebut dikelilingi oleh teman temannya yang tidak pernah jemu menghulurkan bantuan mencari kekuatan diri.
Ku sangkakan panas hingga ke petang,rupanya hujan ke tengah hari.Pemuda ini buntu,apabila persabahatannya teguh,pasti akan ada masalah tiba.Dan dari situ pemuda itu diajar bahawa kehidupan kita akan menjadi lebih bermakna jika kita bergantung pada diri sendiri sahaja.Bukan bersikap pentingkan diri,akan tetapi, kita adalah kita dan mereka adalah mereka.Pemuda tersebut redha,jika itu yang tertulis buat dirinya,maka terpaksalah pemuda itu menerima dengan hati terbuka.Pemuda itu meninggalkan pesan,'kita kawan selamanya dan kawan hingga ke mati walau apa pun terjadi'.
Pemuda itu berharap dia akan menjadi tabah mengharungi hari hari mendatang dengan bekalan kekuatan diri yang agak tercabar.dan kisah itu tidak bernokhtakan disitu sahaja,walauapapun,pemuda itu memberi harapan agar sahabatnya sedar bahawa manusia tidak lari dari membuat kesilapan kerana kita adalah makhluk tuhan yang tidak sempurna.
u
ReplyDeletei malu la
HAHHA
eh eh
i tokey perfume body shop sebenanye
HAHHAA
eh hazirim :D mana kau jumpa blog aku? hehe.
ReplyDelete*sorry off topic. kau tak de chatbox sape suruh :p