Tuesday, June 29, 2010

In Progress


Blog ini sedang mengalami pengubahsuaian.
Terima kasih kerana sudi membaca.
HaZiRiM.

Kerana Sesungguhnya..


Pengalaman telah mengajar aku betapa ketabahan itu penting dalam sebuah kehidupan.Aku harus sedar bahawasanya dunia tidak akan berputar seperti yang kita inginkan.Kita adalah pelakon dan dunia ini adalah pentasnya. Kita adalah boneka dan segalanya adalah permainan dunia.Aku terbaca sebuah artikel dan artikel tersebut cukup menarik dan aku rasa mendalam sangat.Dan aku terfikir untuk berkongsi dengan semua.

10 K dalam PERSAHABATAN

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham


Sesungguhnya
"Ikatan persahabatan itu seperti untaian tasbih yang ada awal tiada PENGHUJUNG. Dicantum demi Cinta-Nya, diratib demi Redha-Nya."


credit:iluvislam

Ohh Penang Bahagian 2

Setelah rasa macam hampir dua bulan menghabiskan sisa sisa cuti sem dirumah ni,penghujungnya akan tiba beberapa hari lagi.Biasalahkan,ungkapan yang selalu kita dengar,rasa macam sekejap je cuti ni.tapi itu memang benar.apabila kita tidak sedar masa berlalu,akan terasa kepantasannya.ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.jadi salah satunya masa.

kita diajar untuk menghargai masa dari kecil,jadi masa itu tidak mungkin akan kembali seperti yang kita kehendaki.masa kecil,masa tadika,sekolah rendah,menengah atau pun hanya semalam.itu tidak mungkin akan berlaku. apa yang berlalu hanya lah satu kenangan yang pahit atau manis.dan hari yang paling indah adalah hari yang baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.aku akan pulang tak lama lagi,dan akan meneruskan pembelajaran untuk sem 3.jadi dugaan dan cabaran akan lebih banyak berada disekeliling aku.tahap pembelajaran semakin tinggi dan berarah kepada major dah sekarang.jadi ak terpaksa kurangkan ke'enjoy'an dan lebihkan sikit pada belajar.haha.ok.selama ni aku mengaku,ak lebih pada enjoy dan kurang belajar.sbb tu pointer mcm gila sikit.haha.ok.

banyak benda yang dipelajari sepanjang cuti sem ini. ketabahan,kekentalan semangat.ahh banyaklah. Thanks Nuraisha Azmi sbb buat diri aku lebih macam happy dan i forget everything.sbb tu i kol u hari2.haha.*kantoi la kan.Aku cuma tak bersedia mentally sahaja bila nak pulang ni.sbb masalah tak reda lagi. dan aku rasa.hmm.tah la. nk tulis ni pun rasa mcm tak semangat je.oklah. mungkin itu sahaja kot. Cya next entry.
Bye

Friday, June 25, 2010

Ohh Penang

Entry ni mungkin macam agak malas sikit nk tulis tapi macam dah lama nk gatal tangan tekan tekan keyboard ni so macam rasa nk tulis macam macam.haaa.haha.Ok.teruskan perjalanan anda wahai sekalian sekalian makhluk macam makhluk lain ada baca blog macam ni kan.

kes pertama
sebenarnya terdetik hati nk tekan tekan keyboard ni.ala guna ayat sama.minggu depan which is today sabtu dan tak sampai seminggu mahu pulang ke penang sudah.dan agak menggembirakan hati saya mahu tidak memikirkan pulang ke penang langsung.oh.so apa ada kt penang tu? hanya bangun pagi mandi segala siap siap ke kelas kuliah dengar lecturer mengajar itu ini mengantok menguap rasa mahu tido main pen kacau member when it's time pergi lunch keluar makan gelak gelak masuk kelas balik sampai petang balik rumah naik bilik lepak lepak sampai malam buat kerja sikit kalau ada sampai masa tido dan begitulah hari berikutnya rutin sama setiap hari.ok.baru fullstop disitu.sooo macam robot ok. takpa itulah kehidupan saya dipenang which is totally memang rasa gahh.taktau nk tulis ayat apa.

kes kedua sebagai rasa membara semangat mahu meneruskan sem baru dengan iltizam baru.ayat nk bikin gempak saja kan.saya mahu.asal bersaya saya ni?.ok aku mahu jadi lebih proaktif,aktif,dan dinamik hardworking friendly bertanggungjawab.dah.mula mengarut.ok. aim to better person.kan senang.kalau sekadar cakap apa gunakan.start to work on it okay hazirim!dan sem depan bulan puasa.oh. rasa macam adventure pulak.wahaha.

kes ketiganya ohh penang alahai penang.kenapalah jauh sangat.cakap pasal jauh ini.penang amat jauh.memandu 4-5 jam itu dikira jauh okay!.dan kereta aku tak servis lagi.dan kesian kecacatan melanda beliau.sabar ye sayang.minggu depan kita pergi doktor.okay?.kasi pakai makeup sikit sikit.bedak wangi wangi.aha.

kes empat kisah macam ini.setelah menunggu wang gajiku hampir macam nak gila,hari ini sabtu.ok.memang tak masuk lagi,dan marketing aku kata minggu depan.apakah jadinya?jadinya kesemua.ok.kesemua plan yang dirancang dengan begitu elok dan teliti terpaksa diberi dua pilihan; batalkan atau tangguhkan.jadi segala keinginan aku mahu merasa duit itu seperti air tumpah ke daun keladi di bumi melaka mungkin tidak kesampaian kerana kemungkinan duit itu akan dibank in ke akaun aku sewaktu berada di kuala lumpur mungkin.ok.macamlah riban riban sangat duit gaji aku.dah.berhenti berkata mengenainya kerana agak mendarahkan pemikiran aku.

kes lima dan aku rasa macam karangan spm yang pulak entry kali ini.kata malas malas tekan keyboard tapi dah terlekat nak buat macam mana.kalau hantar kat cikgu salmiah taktau la dapat berapa markah.hee.selamat berjaya kepada semua kawan kawanku yang akan masuk belajar semula setelah anda membontot kat rumah selama berapa bulan.goodluck semua dan termasuk kepada lepasan asasi dan matrik selamat menempuh zaman baru.aku lagi dua tahun lagi.ah!.lamanya masa berlalu dan pelbagai kisah akan ditempuh.ok selagi takda limit untuk ak tulis ni selagi itu tangan ini gatal tekan tekan.dah dah.bye.

Monday, June 21, 2010

Perjalanan Tiada Henti

“Bersahabat dengan orang baik umpama berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.

Realiti yang dihadapi oleh seorang pemuda,bermula apabila dirinya dipertemukan dengan seorang sahabat,yang pemuda itu rasakan sahabatnya cukup dapat mengganti seorang kawan yang berpaling tadah daripadanya hanya kerana perkara kecil.

Jadi bermulalah kisah perjalanan sebuah persahabatan yang melalui banyak onak dan duri.Dalam kehidupan,kita diulik bahawa tiada apa yang sempurna dan berjaya mengikut segala perencanaan dan kemahuan diri kita seperti itulah kisah pemuda tersebut. Satu demi satu pemuda itu menghadapi cabaran dan dugaan dan dengan izin tuhan,pemuda tersebut dikelilingi oleh teman temannya yang tidak pernah jemu menghulurkan bantuan mencari kekuatan diri.

Ku sangkakan panas hingga ke petang,rupanya hujan ke tengah hari.Pemuda ini buntu,apabila persabahatannya teguh,pasti akan ada masalah tiba.Dan dari situ pemuda itu diajar bahawa kehidupan kita akan menjadi lebih bermakna jika kita bergantung pada diri sendiri sahaja.Bukan bersikap pentingkan diri,akan tetapi, kita adalah kita dan mereka adalah mereka.Pemuda tersebut redha,jika itu yang tertulis buat dirinya,maka terpaksalah pemuda itu menerima dengan hati terbuka.Pemuda itu meninggalkan pesan,'kita kawan selamanya dan kawan hingga ke mati walau apa pun terjadi'.
Pemuda itu berharap dia akan menjadi tabah mengharungi hari hari mendatang dengan bekalan kekuatan diri yang agak tercabar.dan kisah itu tidak bernokhtakan disitu sahaja,walauapapun,pemuda itu memberi harapan agar sahabatnya sedar bahawa manusia tidak lari dari membuat kesilapan kerana kita adalah makhluk tuhan yang tidak sempurna.

Sunday, June 20, 2010

PELANGI.

pelangi atau nama bahasa inggerisnya rainbow adalah fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah jingga kuning hijau biru indigo dan ungu.

Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.



ok.berfizik sebentar.(bangga guru anuar)sebenarnya bukan apa. melihatkan pada pelangi.rasa tenang je.cantik pun cantik.ok.sebenarnya itu bukan tujuan sebenar.ape kes nak bercerita pasal pelangi ni. bak kata aisha(jate gilo)aha.comel.lama tak update kan kan kan.bukan apa. sibuk mengejar keduniaan sehingga melupakan peminat fanatik.*aisha jgn mare.*hehe.

how;s ur day ?great?ok lah cmtu. ak pun cuba untuk bangkit dari realiti.aha.realiti la sgt kan.bukan apa terleka dgn pelbagai masalah dan insya-Allah dgn keizinan tuhan ak akan menjadi seorang yang lebih berpendirian dan tetap dengan pendirian.(eh bukan sama ke?)lantak.

alang alang jalan.(by the way) tahniah buat kawan kawan matrik dan asasi yang dpt melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.semoga anda success selalu dan dapat apa yang anda kehendaki.degree bukan mcm diploma dan bukan mcm asasi atau matrik yg korang belajar. jadi semoga lebih bersedia menempuh apa halangan cabaran dugaan rintangan pancaroba*dah2 cukup.err.ok.heee.

next.payment aku tak masuk lagi! argh! cepat la payment masuk.tak sbr nk rasa mcm wang itu seperti air mencurah curah ke daun keladi. ak dah list barang untuk dbeli dan gembira list itu melebihi payment yang akan aku dapat.ada aku kesah.haha.asalkan aku puas.seyhh.

ABAAHHH.NK IPHONE~ -_-'


comel.hee.anset ak rosak!dan ayt tu sungguh dramatik dan drastik dan deeee.tah apa lagi nk mencarut tatau la.ahahaha,dan dan di sini nak memaklumkan siapa sudi menaja sebuah telefon bimbit baru kepada aku akan mendapat pulangan yang hebat.cepat cepat,jangan melepaskan peluang anda!!

ok.bangun pagi pagi dah melalut. oh. dua minggu lagi nak masuk sem baru. waka waka eyyy eyy.~ tetiba lak.haa.teruja pun ada. takot pun ada. itu lain cerita.asalkan enjoy cuti yang berbaki ni.ahaha.

dah dah. g mandi. kereta aku memanggil untuk dmandikan. erkk?aha. saya beredar dulu.

ada masa berjumpa lagi.

mimpi adalah kunci
untuk kita menakhlukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…



Thursday, June 3, 2010

Tajuk Yang Tajuk

Hiii!!!
Waalaikumsalam. ehe.
Ape cer?? takda cer?ok cer.apa derrr.
aha.

kiranya kan kan. hari ni khamis. jadi hari ni aku tengok wayang.ahaha.
so mcm pk pnye pk nk tgk apa.. last2 menonton MARMADUKE dengan kebosanan kepanasan bontot dengan rasa kusi nk patah*berat kot.aha. hello kerusi tu mmg rosak k gsc bagi kt aku.aha*
AISHA,i tak tgk lagenda budak setan sbb i kuar dengan lelaki semua. eh.paham2 je la.rasa mcm gay tgk cerita cinta.

ok so proceed to next tajuk. eh?apa tajuk yg tajuk.sbb ak tada tajuk nk tulis untuk tajuk.aha.
esok jumaat. jadi solat jumaat ok.

buat AISHA,i tunggu kepulangan u.aha.

dah dah.penat. nk tido. bye.

Wednesday, June 2, 2010

Ehhee

Ehem ehem.
kepala otak kau ehem
heee.

setelah berabad berkurun berlampau ak meninggalkan rumahtangga.ehh ehh salah.ak meninggalkan blog ini, ak kmbali.haha. dulu ak ada wordpress. pastu tah dimamah usia(cheit)
dan kemudiannya ak pergi bercerai dengan wordpress lalu menyuntingbunga di taman. ehe.
*bodo mengarut ja lebih

aha. sempena bulan jun ini.ak merakamkan sekalung(-_-') ketidasabaran aku untuk ketengah bulan. ehem ehem(shit lagi).bukan apa. teruja siket!..hehe*betulkan posisi tempat duduk jap*tipu2 lagi. padahal tulis ni tengah baring
ak insan kerdil yang memerlukan
ala,perlu drama ke?ok tak tak.
mari kita lihat sapa yang kena!!!
comel

ok.dah. haha. rasa mcm seronok lah pulak update belog(comel BELOG)
ala.mula2 je. last last. terpikir aku ada belog ke?ahahaha*ala lagi.

dahh dahhh! bye. pasni mlm nanti ada lagi.ha. bodo teruja punya south african.
ehh.salah. apala. bodo nya beruang kutub.aha. comel.*ala lagi.

chow kueyteow,.

Aha!

uhuk3. bagai membuka peti harta karun firaun.
cheit.firaun la sangat

HAI!!!!! hee hee!

*aku tak tau nk tulis apa dah.rasa nk nanes je rasa bila mendapat tau ada blog rupanya aku ni.ahahahahahaha.*tak larat nk haha panjang2*

ok. mukaddimah
heh?perlu ke?
ok takpe. selamat berkenalan.ahaahhaha*ala,lagi

untuk pengetahuan saudari saudara(saudara tu kenapa lelaki tapi dara pulak,pelik)
aku ada blog. cheit. lagi cerita
hahaha.*cheh,pendek sket je haha tu*
ok. ni suma sebab pengaruh negatif aishazmi la tu.
suruh bukak balik blogspot ak.wee~ ap pun sungguh bersyukur ke hadrat ilahi(tetiba lak)
ah. pedulikan.


wehh! last post ak januari 2009!choi.lama sungguh.leh makan wat..er jap nk pikir.
ha. wat perkasamm.ehe.macam mana rasa perkasam tu?surely masam kan?konon surely.hee. comel

ok. ini aku.

AND THE JOURNEY BEGINS!
kau pk apa.lanun carribbean ka ha.(konon bm)