Wednesday, September 8, 2010

apa itu geram

okay. geram. dalam istilah kamus dewan (edisi suka hati kaulah) geram didefisinikan sebagai marah panas hati sakit hati.okay.itulah yang berlaku sekarang dan aku geram serta rimas.nk raya macam ni pun buat hal juga ke?tak boleh ke bila balik rumah dengan aman, tanpa sebarang bebelan?sungguh rasa mengjengkelkan mood raya ,mood balik rumah mood suma suma tu sudah hilang. terasa geram tau tak.ergh. tak senang duduk. oh btw. tak suka raya tahun ni. thats great. cause im not happy this raya. thanks.geram ni.

Saturday, September 4, 2010

Ramadhan atau Bulan Puasa?

Well,minggu depan rasanya raya aidilfitri tiba,jadi melalaklah lagu lagu raya kat mana mana.Best jugak kadang kadang dengar raya setahun sekali ni. Feel dia lain tau tak. tak macam kita dengar lagu biasa. Oh lupa, minggu depan raya??! jadi tinggal berapa hari je kita puasa? haha. cepat gila kott masa berlalu. yelakan ayat biasa,semua cepat.(haha). Sebulan puasa tu satu masa yang panjang. macam macam kita tempuh for the almost one month tu. Aku sebenarnya nak story kisah dan rentetan hidup sepanjang bulan puasa kali ni.

Niat Puasa.
Bila one day sebelum bulan puasa tu,masing masing sibuk tanya apa niat bulan puasalah,macam mana puasa sebulan sehari segala bagai.Hahaha. serious lawak gila. Siap telefon parents lagi tanya niat puasa tu macam mana.haha.(terasa jap).hee.

Sahur.
ok, sebagai orang yang duduk di rumah bujang sahur itu terasa amat berat. haha. apa taknya. nk makan apa sahur, nk beli awal awal simpan mana ,takut basi la ni la tu la. haha. nk jadi cerita. first time sahur itu amatlah satu yang memeriahkan.haha. semua alarm berbunyi kul 4.50 am kot. bangun bangun kejut suma orang. Shahiran paling semangat.haha.(ok cakap org lain kan). then suma bangun start enjin kereta meluncur laju g restoren berdekatan. sampai sampai kt tempat duduk suma muka baru bangkit tido.hahahha.serious cakap. ni paling lawak. muka suma tak leh blah kottt. ketinggalan sahur itu amatlah satu kewajipan. tapi aku rasa tak banyak kali kot tinggal sahur. (caya lahh.haha)

Kelas.
bila bulan puasa ni, alasan yang selalu didengari' bulan puasa la'.haha. sumpah cool doe alasan tu.
datang lambat kelas,sebab bulan puasa. balik rumah tido walaupun gap sejam ,sebab bulan puasa. haha. nasib nasib.

Tido.
Ini suatu rutin dan kepastian. Because, tido itu amatlah penting.hahaha. dan boleh dijadikan cerita. tido lepas sahur dan bangun pukul 6.30. bangun bangun mandi terus pergi bazaar ramadhan. Apa kess???? dan kami para para penghuni rumah bujang no 30 amatlah aktif waktu malam. -_-' rasa musim mengawan kott.hahaha

Bazarr.
Kita orang bujang, nk masak utk juadah berbuka tu mmg tidaklahh terlintas langsung.haha. Everyday okay, pergi bazar beli makanan utk berbuka. bajet nk berjimat. ish. nafsu itu mmg jahat. dan boleh dikatakan purata juadah yang dibeli adalah nasi tomato. sampai naik muak tau takk?? boleh tak jual benda lain selain nasi tomato nasi kerabu segala bagai benda yang sama??duhh. aku dan shahiran dan kown pasti akan minum air yang kami beli dikedai yang sama. ('weh,makcik ni sumpah bangga kita beli air dia jual ni hari hari kan??kayalahh ekau').haha.

Berbuka puasa.
Ok. ni tak payah ceritalah. memang seluruh umat manusia menunggu saat kemanisan berbuka puasa.hahaha.kitaorang berbuka dengan juadah dari bazar ramai ramai kat hall rumah. sumpah best gila. kecoh kecoh buka puasa dan mintak sikit makanan ni makanan tu.aha. (tu tamak namanya). lepas tu siap2 terus naik atas melakukan fogging. (aku tak terlibat.eheehe). aku rasa nak bukak puasa kat luar tu macam berat je. tapi adalah 3 4 kali bukak puasa kat luar. boley la rasa makanan lauk pauk restoren. hee.

Solat Terawikh.
Bila dah kenyang hati rasa senang,bila hati senang, semua jadi terberenang renang.haha. sungguh terawih tu hanya wujud pada 10 malam pertama. kess?? ok lagi specific 4 hari yang awal je. -.- hahaha.

Makan?
'eh eh, laparlah(jam pukul 12 tghpagi,1 pagi). jom jom makan roti canai ke burger ke.' ok sesat tak tau letak mana. tapi kenapa kena makan lagi???? hahaha. tu la selagi bernyawa selagi tu kami makan! tak kisah pukul berapa!had0y hadoy.

dan begitulah hari hari kami berpuasa di penang.pengalaman yang tak dapat dilupakan sampai bila bila. and itu pasti akan terpahat dalam memori setiap daripada kami.sungguh takdapat dilupakan.

TRAGEDI????!
whatt, ?? mungkin ketentuan Allah.. Aku ,Shahiran dengan Raouf terlibat dengan KEMALANGAN JALAN RAYA(highway) di kepala batas. memang tak sangka sangka itu berlaku,dan itu satu pengajaran kepada aku dan semua orang. ohh. rasa bersalah gila.. Shahiran,Raouf, aku mintak maaf. MBK,rindu gila kau. Sorry kena masuk 'hospital'.Tak dapat raya sekali. ergh. trauma itu sungguh annoying.

dan panjang gilaaa bercerita.!! hahah.ok. tahniah kerana berjaya baca sampai sini.Bye.!

p/s: panjang lagi nk cerita,tapi nanti lahh part 2 boleyy kan?haha.
Selamat berpuasa,selamat berbuka, dan paling penting,selamat BERSHOPPING! hooraaaay.